Search Johor Daily
Latest JD News
- 2 May 2008 - 17:31: Johor ungguli Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2008 - Comments: 0
- 14 May 2008 - 17:28: Cadangan UMNO Johor berjangkit ke Perak - Comments: 0
Johor ungguli Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2008

JOHOR BAHRU – Kontinjen Johor berjaya muncul johan keseluruhan dalam Sukan Antarabangsa Teluk Danga 2008 yang berakhir semalam setelah mengutip 39 pingat emas.
Kontinjen tuan rumah mengungguli pungutan pingat menerusi lapan acara merangkumi tinju, lawan pedang, golf, boling, boling padang, silat, kayak dan bola tampar.
Kejohanan yang berlangsung selama lima hari itu turut menyaksikan kontinjen dari Kalimantan Timur menduduki tempat kedua menerusi pungutan 36 pingat emas, manakala Terengganu menduduki tempat ketiga dengan 23 emas.
Secara keseluruhannya, kejohanan yang kali kedua dianjurkan itu berjaya menarik penyertaan para atlet dari 10 negara termasuk Jerman, Hong Kong, Republik Czech, Jepun, Macau, Brunei dan Indonesia.
Kejohanan yang terbuka bagi kontinjen daripada peringkat negeri dan daerah itu menyaksikan sebanyak 28 acara dipertandingkan.
Menurut Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), Mohd. Shukri Mohd. Masbah, dengan penguasaan yang ditunjukkan kontinjen Johor di Sukan Antarabangsa Teluk Danga, para atletnya kini memberi tumpuan sepenuhnya untuk menghadapi saingan pada Sukan Malaysia (Sukma) yang akan diadakan di Terengganu tidak lama lagi.
| Attachment | Size |
|---|---|
| danga1.jpg | 2.71 KB |
